Saturday, August 8, 2015

Yes, kita travel!



''Ummu nak join ke Banda Acheh? InsyaAllah 11 Julai ni".

"Serious? Nak ikut!"

"Tak apa ke? Bulan puasa tu. Lagi seminggu nak raya".

"Sure. Oh, bulan puasa ya? Tak apa. Orang proceed! Nanti orang bank in duit flight". 


Nampak tak betapa terujanya? Terus lupa nak tanya mak dengan abah dulu.

Dulu, waktu lepas SPM, saya pernah slow-talk-heart-to-heart-lutut-bertemu-lutut dengan mak tentang nak pergi travel. Menerangkan tentang konsep backpack. Tapi idea itu langsung dicantas, maka tersentaplah selama beberapa hari. 


Waktu tu, tak terfikir langsung tentang keselamatan diri, nak enjoy saja. Nak rasa dunia luar. Nak teroka ruang lain. Rasa diri dah besar dan boleh berdikari. Sejujurnya, mak dan abah pun rasa saya ni boleh 'dilepaskan' tanpa perlu rasa risau sangat. 

Cuma mungkin idea untuk membiarkan anak gadis pergi travel satu Malaysia sorang- sorang ketika itu agak moderan, saya terpaksa akur walaupun sempat buat tunjuk perasaan. Tapi tak dilayan pun. hahahaha.

Bila masuk belajar, saya cuba join program2 ke perkampungan, sekolah- sekolah dan program  NGO yg lain. Memang boleh lihat kehidupan masyarakat, tapi ia tetap di bawah orang. Bersedia menunggu arahan. Banyak betullah pantang larangnya. Bosan. Nak bercakap nanti, kata garang pulak. Jadi, saya lebih senang jika saya boleh buat apa yang saya nak buat. =) 

Sekarang, di alam pekerjaan pula. Saya selesa untuk bekerja sendiri. Waktu itu, saya yang aturkan. Bila ada kata- kata peluang nak ajak pergi travel, laju saja bersetuju. 

"Mak, abah. Orang nak pergi Acheh tau. Bulan puasa nanti. Orang dah book tiket dah pun", terus pandang bawah, tak berani nak jenguk reaksi mak dan abah. 

"OK.."

Dan saya pun... Mood baik sampai Raya!

"Mak, nanti orang nak pergi sini!"

"Abah, orang ingat nak pergi situ la, tahun depan..."

"Sekarang ni, orang kumpul duit nak pergi travel saja.."

Dan jawapannya...
"Pergilah...."

#SemogaDipermudahkanSegalaUrusan


Tuesday, June 16, 2015

ABAH

Waktu kami beratur untuk ambil sijil, saya perasan seorang pakcik berbaju batik hitam sedang berdiri di depan tv kecil yang memaparkan secara langsung majlis konvo.

Oleh sebab sedang asyik berfikir, saya hanya pandang sekilas lalu.
Tiba2 saya terdengar urusetia mengambil kerusi dan mempersilakan pakcik tersebut duduk. Bila saya menoleh, abah rupanya.


Abah betul2 sedang berdiri sebelah saya. Waktu itu, saya betul rasa terkejut dan bersalah. 

Patutlah ketika konvo abang2 dan kakak2 saya dulu abah tak pernah duduk di tempatnya. Rupanya abah nak melihat anak2 dengan lebih jelas.

Abah..

SOLAT SUNAT

Saya ada pengalaman dengan seorang pelajar tentang solat sunat. Sangat menarik.

Ibu bapa pelajar ini sangat prihatin. Selesai saja exam akhir tahun, mereka akan bawa anak pergi bercuti. Tapi mulai disember, anak -anak dihantar tuisyen untuk belajar silibus tahun hadapan.

Jadi, dari pukul 10-2, dia akan belajar dengan saya. Biasanya saya akan break 5 minit setiap satu jam.

"Cikgu, boleh tak kita break 10 minit? Nanti tak payah".

"Kenapa? Penat ke?".

"Taklah. Saya nak solat dhuha".

"Ok."

Terdahulu, dia bertanyakan tentang solat sunat Isyrak.

"Kenapa ikhwan? Ni solat sunat, bukannya wajib."

"Cikgu.. Kalau kita tunaikan solat fardhu, umpamanya satu pohon yang lebat daunnya. Tapi kalau kita tambah dengan solat sunat, dia macam pohon yang lebat daun dan banyak buahnya. Cikgu nak tak?".

Terbaik la awak. (Y)

Wednesday, January 21, 2015

Suatu Ketika Dahulu

Salam.

Sesuatu yang menarik apabila perkara ini dikongsikan

Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
anak kita..harta kita..aset kita..
tQ

Pernah ketika saya tahun 6 dan adik bongsu saya di tahun 1, perkara yang lebih kurang sama berlaku pada kami.
Adik saya datang dan mengadu abang kantin tak memberikan wang baki ketika adik saya membeli makanan. Bukannya adik saya tak minta. Seolah- olah dia menagih wangnya sendiri. Oh, itu membuatkan saya sangat marah.

Terus saya bawa adik saya ke kantin dan berjumpa dgn abang kantin tersebut. Sudahnya, saya dipanggil gangster dan adik saya pasti akan dapat layanan kelas pertama jika berurusan dgn abang kantin tersebut. Paling tak boleh lupa, dialog ini terkeluar ketika sedang marah, "Jangan berani nak buli adik- adik saya!". Abang kantin canang kat kawan- kawan saya yang lelaki sampai mereka tak berani nak usik adik- adik saya pun.

Adeh.. Lawak bila teringat zaman- zaman jadi 'gangster'. =)

Wednesday, November 19, 2014

Zaman Kanak- kanak

Salam

Biasanya, saya akan beri peluang anak2 murid saya untuk menerangkan sesuatu. Kalau nak guna whiteboard sekalipun, saya akan benarkan. Sekurang- kurangnya, saya mahu mereka bina kekuatan ketika bercakap atau mengeluarkan idea ketika di khalayak. Cuma semalam, ada satu kisah terjadi yang saya nak kongsikan.
H: Cikgu sangat baik sebab bagi kami tulis kat white board. Kalau sekolah kami, memang cikgu2 tak benarkan..
S: Oh, yeke? Cikgu memang baik la ni?
Ok, kat part sini krik2 sikit sebab semua mempersoalkan balik statement mereka.
S: Kat sekolah, guna whiteboard atau blackboard?
M: Whiteboard.
S: Oh, tak pernah nampak blackboard la ni? Tak pernah guna kapur? (Mereka menggeleng)
S: Dulu, waktu cikgu belajar, kami guna kapur. Biasanya, kami akan berebut- rebut ambil kapur yang dah tinggal pendek untuk bawa balik.
M: Kenapa cikgu mencuri?
S: Sebab, kami akan guna kapur tu kat rumah nanti. Dulu cikgu tinggal di rumah flat. Simen- simen kat tempat kami, simen yang jenis hitam. Jadi, memang seronok kalau tulis guna kapur. Biasanya, kami akan berkumpul ramai2 kat tangga untuk belajar matematik. Dulu, buku2 latihan kami sangat terhad. Buku hanya guna untuk buat latihan atau kerja sekolah saja. Jadi, bila belajar matematik, kami akan tulis jalan kerja matematik dekat simen, guna kapur tu.
Saya punya lah teruja cerita kisah zaman kanak2 saya, rupa- rupanya mereka sedih.
H & M: Kesiannya, cikgu. Waktu ni, perubahan muka mereka sangat jelas.
Allah letakkan mereka sebagai anak2 yang berkecukupan yang tak pernah kenal susah. Faktanya, mereka tak pernah tahu ada orang yang hidup susah pun. Biar saya cerita erti sebenar kehidupan, supaya mereka tak akan selalu mendongak ke langit. Kita main psikologi. 

Friday, August 1, 2014

Jangan Takut Memandu

Salam.

Sudah punya lesen, tapi masih takut untuk memandu?
Masih belum cekap mengawal stereng?
Takut membahayakan pengguna lain?

Bertenang saja. Semua yang terjadi akan mengikut prosesnya.
Saya juga takut untuk memandu (suatu ketika dahulu).
Alasan? Saya tak percaya pada benda mekanikal. (merepek!)

Alhamdulillah, semua adik- beradik saya boleh memandu dengan baik.
Jadi, bila saya menghadapi masalah ini, seolah- olah menjadi bebanan yang berat buat mereka untuk memastikan saya 'lulus'.

Saya kongsikan proses2 yang saya lalui bersama adik- beradik saya.

1.  Provokasi. Selalu diprovok oleh abang2 dan kakak2 saya. Mujurlah saya agak tidak sensitif dengan cara tersebut. Maka, gagal!

2. Ura- ura beli kereta second hand. Saya bukanlah pentingkan sangat kereta baru atau second hand. Cuma bila cadangan untuk beli kereta second hand yang berharga RM 1K untuk buat lumba kereta atas trek, kita boleh faham keadaan kereta itu macam mana, kan? Motifnya, jika ditakdirkan saya kemalangan, tak lah rasa ralat jika kereta kemek atau rosak. Bila ditunjukkan pada saya gambar kereta tu, memang tak layak atas jalan raya pun (sebab itulah hanya diguna untuk berlumba di atas trek). Sekali lagi, gagal!

3. Arcade. Bagi saya ini cara yang paling berkesan. Ringkasnya, ketika berbelanja barang dapur bersama Mak dan abang ngah, kami ternampak arcade dan terbeli token. Lantas termain game lumba kereta. Maka, terminat dan mendapat sokongan penuh dari abang saya. Untuk 'kelas memandu' yang seterusnya (di arcade), dibiayai sepenuhnya oleh beliau. hee.

Alhamdulillah. Masih boleh memandu di sekitar KL.

Betul. Setiap sesuatu itu akan indah pada masanya.
Tapi, haruslah bertabah menempuh bisikan2 provokasi lagi menjatuhkan semangat itu.
Cuma saya masih ingat kata2 abang sulung saya,
Mungkin kata2 beliau pada ketika itu adalah berkenaan dengan 'kejayaan' saya.
Tapi saya  menganggap, ia lebih dari itu.

Buat saya: "Pertama sekali, ubah mentaliti. Raikan pendapat orang lain. Jangan nak ortodoks sangat".

Buat adik- beradik yang lain: "Tak boleh treat semua orang sama. Masing2 ada personaliti dan latar belakang yang berbeza. Maka, raikan juga kelebihan dan kekurangan mereka. Sebab kadang2, kelebihan mereka boleh menampung kelemahan kita, begitu juga sebaliknya".

Mungkin, bukan semua terbuka dengan proses yang saya lalui. Dan mungkin, cara ni tak berkesan pun bagi sesiapa. Saya sekadar berkongsi dan akan bahagia bila ada yang mendapat manfaat. =)


Sunday, July 6, 2014

HEBAT

Salam.

Sains tahun 4, bab yang pertama:
KEPERLUAN ASAS BAGI MANUSIA.

1. Makanan
2. Air
3. Udara
4. Tempat tinggal
(Kebetulan buat revision bersama anak- anak murid semalam. =) )

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberi-peminta-sedekah-di-ibu-negara-akan-dihukum-kata-tengku-adnan

Wah, sungguh hebat penyelesaian yang diambil.

Sedari dulu, saya sangat menginginkan untuk turun merasai sendiri kehidupan sebagai seorang gelandangan. Tapi sangat menyampah apabila setiap satu langkah itu memerlukan 'hitam putih' @ kertas kerja. Kesemuanya ditolak. Alasannya? Menyedihkan. Itu antara sebab saya benci dan sinis bila ada program yang mengarut diluluskan.




Antara empat keperluan asas ini, hanya satu nikmat saja yang mereka boleh dapati secara percuma. Ya, udara!

Oh, lupa. Negara maju yang lain juga dah melakukan perkara yang sama.
https://ca.news.yahoo.com/blogs/dailybrew/london-criticized-anti-homeless-spikes-canada-better-174042472.html

Mereka warga Malaysia.
Dimana hilangnya hak duduk di bumi bertuah Malaysia ini?
Benar. Mereka diberikan rumah kos rendah sebagai tempat pelindungan

Selesai enam bulan, akibat tak mampu membayar sewa, mereka dihalau keluar pula. Jadi kitaran menjadi seperti sedia kala. Seperti dulu, di bawah jambatan jua tempatnya. Perbezaan cuma, dapat merasai nikmat privasi selama enam bulan. Kemudian, apa? Aduhai, lucu.


Betapa sombong mereka yang berkuasa
Betapa hinanya dipandang mereka yang kekurangan.

Satu pengalaman bersama NGO turun padang bersama para insan2 hebat ini.

REUNION
Kami bentangkan tikar dan pasangkan LCD buat mereka. Belum pun pukul 9 malam, barisan yang sangat panjang hingga ke jalan raya. Selesai dapat makanan mereka akan duduk berkumpul di atas tikar sambil menonton cerita yang dipasang. Dan seperti majlis reunion, mereka duduk makan bersama anak2 dan rakan2. Si anak teruja menonton cerita, manakala para ibu bapa teruja berborak dan bertanya khabar. =)

NAK TEH TARIK KATANYA
Kebetulan bersembang dengan seorang kakak aktivis NGO tersebut.
"Kalau boleh, sumbangkan susu pekat. Sebab mereka ini dah lama tak minum teh tarik. Siap request lagi".

NAK LAGI SATU..
Usai cerita tamat, mereka beratur sekali lagi. Kali ini, kami bekalkan bungkusan makanan dan air mineral.
Saya dihampiri seorang pakcik untuk meminta makanan lebih buat ibunya yang sakit kaki dan tak dapat berjalan. Malangnya kami tak dapat beri dan perlu adil pada semua. Bagi saya, sungguhpun jika pak cik itu berbohong, mungkin beliau sangat lapar dan menginginkan yang lebih.

ADA BAJU?
Ketika kami bersiap2 untuk berkemas, saya asyik melihat gelagat beberapa orang pakcik yang berada disekitar tempat itu. Mungkin mereka juga mahukan makanan. Saya beritahu salah seorang abang aktivis, untuk memanggil pakcik2 tersebut. Kami mengedarkan lebihan bungkusan makanan kepada mereka. Sayu, ada di kalangan mereka minta jika ada baju2 terpakai. Kami cepat2 meminta kepada urusetia program jika ada membawa baju. Syukur, masih ada lebihan tshirt program yang di bawa. Lebih mengharukan, apabila mendapatnya, mereka lantas menukar. Tidak hirau langsung saiznya besar atau kecil.
Jika kamu benar2 punya akal fikiran yang sihat, boleh bayangkan pakaian mereka sebelum ini?

Kami berpeluang menjadi runner malam itu. Lebihan makanan, kami edarkan dari satu tempat ke satu tempat. Pertama kali!

Lokasi pertama: Bawah jambatan
Malangnya, tiada sesiapa yang ada disana. Kami difahamkan bahawa DBKL baru selesai buat serbuan. Mereka tidak takut pada polis. Mereka takut pada DBKL.

Lokasi kedua: Deretan kedai.
Di mana ada ruang, pasti ada kotak yang dibentangkan. Istimewanya, ada kotak yang didirikan sebagai dinding2 untuk tujuan privasi. Sungguh biarpun kekurangan, masih ada rasa malu pada diri mereka.

Lokasi ketiga: LRT Central Market.
Rata2nya pakcik2 yang sedang bekerja.

Lokasi keempat: Sekitar Stesen bas Pudu.
Di tempat2 perhentian bas, ramai warga tua yang tidur disana. Kami berpeluang berjalan sambil mengagihkan makanan. Apabila kami kejutkan untuk berikan makanan, mereka lantas menjamahnya. Biasanya, kita malas atau tak selera untuk makan apabila tengah malam, bukan? Lagi2 lepas baru dikejutkan.
Pastinya mereka sangat lapar.

Buat mereka yang punya kuasa,
Silalah cerdik memutuskan keputusan.
Gelendangan bukan penjenayah.
Kelaparan juga bukan jenayah.

krik..krik..krik..