Wednesday, November 19, 2014

Zaman Kanak- kanak

Salam

Biasanya, saya akan beri peluang anak2 murid saya untuk menerangkan sesuatu. Kalau nak guna whiteboard sekalipun, saya akan benarkan. Sekurang- kurangnya, saya mahu mereka bina kekuatan ketika bercakap atau mengeluarkan idea ketika di khalayak. Cuma semalam, ada satu kisah terjadi yang saya nak kongsikan.
H: Cikgu sangat baik sebab bagi kami tulis kat white board. Kalau sekolah kami, memang cikgu2 tak benarkan..
S: Oh, yeke? Cikgu memang baik la ni?
Ok, kat part sini krik2 sikit sebab semua mempersoalkan balik statement mereka.
S: Kat sekolah, guna whiteboard atau blackboard?
M: Whiteboard.
S: Oh, tak pernah nampak blackboard la ni? Tak pernah guna kapur? (Mereka menggeleng)
S: Dulu, waktu cikgu belajar, kami guna kapur. Biasanya, kami akan berebut- rebut ambil kapur yang dah tinggal pendek untuk bawa balik.
M: Kenapa cikgu mencuri?
S: Sebab, kami akan guna kapur tu kat rumah nanti. Dulu cikgu tinggal di rumah flat. Simen- simen kat tempat kami, simen yang jenis hitam. Jadi, memang seronok kalau tulis guna kapur. Biasanya, kami akan berkumpul ramai2 kat tangga untuk belajar matematik. Dulu, buku2 latihan kami sangat terhad. Buku hanya guna untuk buat latihan atau kerja sekolah saja. Jadi, bila belajar matematik, kami akan tulis jalan kerja matematik dekat simen, guna kapur tu.
Saya punya lah teruja cerita kisah zaman kanak2 saya, rupa- rupanya mereka sedih.
H & M: Kesiannya, cikgu. Waktu ni, perubahan muka mereka sangat jelas.
Allah letakkan mereka sebagai anak2 yang berkecukupan yang tak pernah kenal susah. Faktanya, mereka tak pernah tahu ada orang yang hidup susah pun. Biar saya cerita erti sebenar kehidupan, supaya mereka tak akan selalu mendongak ke langit. Kita main psikologi. 

Friday, August 1, 2014

Jangan Takut Memandu

Salam.

Sudah punya lesen, tapi masih takut untuk memandu?
Masih belum cekap mengawal stereng?
Takut membahayakan pengguna lain?

Bertenang saja. Semua yang terjadi akan mengikut prosesnya.
Saya juga takut untuk memandu (suatu ketika dahulu).
Alasan? Saya tak percaya pada benda mekanikal. (merepek!)

Alhamdulillah, semua adik- beradik saya boleh memandu dengan baik.
Jadi, bila saya menghadapi masalah ini, seolah- olah menjadi bebanan yang berat buat mereka untuk memastikan saya 'lulus'.

Saya kongsikan proses2 yang saya lalui bersama adik- beradik saya.

1.  Provokasi. Selalu diprovok oleh abang2 dan kakak2 saya. Mujurlah saya agak tidak sensitif dengan cara tersebut. Maka, gagal!

2. Ura- ura beli kereta second hand. Saya bukanlah pentingkan sangat kereta baru atau second hand. Cuma bila cadangan untuk beli kereta second hand yang berharga RM 1K untuk buat lumba kereta atas trek, kita boleh faham keadaan kereta itu macam mana, kan? Motifnya, jika ditakdirkan saya kemalangan, tak lah rasa ralat jika kereta kemek atau rosak. Bila ditunjukkan pada saya gambar kereta tu, memang tak layak atas jalan raya pun (sebab itulah hanya diguna untuk berlumba di atas trek). Sekali lagi, gagal!

3. Arcade. Bagi saya ini cara yang paling berkesan. Ringkasnya, ketika berbelanja barang dapur bersama Mak dan abang ngah, kami ternampak arcade dan terbeli token. Lantas termain game lumba kereta. Maka, terminat dan mendapat sokongan penuh dari abang saya. Untuk 'kelas memandu' yang seterusnya (di arcade), dibiayai sepenuhnya oleh beliau. hee.

Alhamdulillah. Masih boleh memandu di sekitar KL.

Betul. Setiap sesuatu itu akan indah pada masanya.
Tapi, haruslah bertabah menempuh bisikan2 provokasi lagi menjatuhkan semangat itu.
Cuma saya masih ingat kata2 abang sulung saya,
Mungkin kata2 beliau pada ketika itu adalah berkenaan dengan 'kejayaan' saya.
Tapi saya  menganggap, ia lebih dari itu.

Buat saya: "Pertama sekali, ubah mentaliti. Raikan pendapat orang lain. Jangan nak ortodoks sangat".

Buat adik- beradik yang lain: "Tak boleh treat semua orang sama. Masing2 ada personaliti dan latar belakang yang berbeza. Maka, raikan juga kelebihan dan kekurangan mereka. Sebab kadang2, kelebihan mereka boleh menampung kelemahan kita, begitu juga sebaliknya".

Mungkin, bukan semua terbuka dengan proses yang saya lalui. Dan mungkin, cara ni tak berkesan pun bagi sesiapa. Saya sekadar berkongsi dan akan bahagia bila ada yang mendapat manfaat. =)


Sunday, July 6, 2014

HEBAT

Salam.

Sains tahun 4, bab yang pertama:
KEPERLUAN ASAS BAGI MANUSIA.

1. Makanan
2. Air
3. Udara
4. Tempat tinggal
(Kebetulan buat revision bersama anak- anak murid semalam. =) )

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberi-peminta-sedekah-di-ibu-negara-akan-dihukum-kata-tengku-adnan

Wah, sungguh hebat penyelesaian yang diambil.

Sedari dulu, saya sangat menginginkan untuk turun merasai sendiri kehidupan sebagai seorang gelandangan. Tapi sangat menyampah apabila setiap satu langkah itu memerlukan 'hitam putih' @ kertas kerja. Kesemuanya ditolak. Alasannya? Menyedihkan. Itu antara sebab saya benci dan sinis bila ada program yang mengarut diluluskan.




Antara empat keperluan asas ini, hanya satu nikmat saja yang mereka boleh dapati secara percuma. Ya, udara!

Oh, lupa. Negara maju yang lain juga dah melakukan perkara yang sama.
https://ca.news.yahoo.com/blogs/dailybrew/london-criticized-anti-homeless-spikes-canada-better-174042472.html

Mereka warga Malaysia.
Dimana hilangnya hak duduk di bumi bertuah Malaysia ini?
Benar. Mereka diberikan rumah kos rendah sebagai tempat pelindungan

Selesai enam bulan, akibat tak mampu membayar sewa, mereka dihalau keluar pula. Jadi kitaran menjadi seperti sedia kala. Seperti dulu, di bawah jambatan jua tempatnya. Perbezaan cuma, dapat merasai nikmat privasi selama enam bulan. Kemudian, apa? Aduhai, lucu.


Betapa sombong mereka yang berkuasa
Betapa hinanya dipandang mereka yang kekurangan.

Satu pengalaman bersama NGO turun padang bersama para insan2 hebat ini.

REUNION
Kami bentangkan tikar dan pasangkan LCD buat mereka. Belum pun pukul 9 malam, barisan yang sangat panjang hingga ke jalan raya. Selesai dapat makanan mereka akan duduk berkumpul di atas tikar sambil menonton cerita yang dipasang. Dan seperti majlis reunion, mereka duduk makan bersama anak2 dan rakan2. Si anak teruja menonton cerita, manakala para ibu bapa teruja berborak dan bertanya khabar. =)

NAK TEH TARIK KATANYA
Kebetulan bersembang dengan seorang kakak aktivis NGO tersebut.
"Kalau boleh, sumbangkan susu pekat. Sebab mereka ini dah lama tak minum teh tarik. Siap request lagi".

NAK LAGI SATU..
Usai cerita tamat, mereka beratur sekali lagi. Kali ini, kami bekalkan bungkusan makanan dan air mineral.
Saya dihampiri seorang pakcik untuk meminta makanan lebih buat ibunya yang sakit kaki dan tak dapat berjalan. Malangnya kami tak dapat beri dan perlu adil pada semua. Bagi saya, sungguhpun jika pak cik itu berbohong, mungkin beliau sangat lapar dan menginginkan yang lebih.

ADA BAJU?
Ketika kami bersiap2 untuk berkemas, saya asyik melihat gelagat beberapa orang pakcik yang berada disekitar tempat itu. Mungkin mereka juga mahukan makanan. Saya beritahu salah seorang abang aktivis, untuk memanggil pakcik2 tersebut. Kami mengedarkan lebihan bungkusan makanan kepada mereka. Sayu, ada di kalangan mereka minta jika ada baju2 terpakai. Kami cepat2 meminta kepada urusetia program jika ada membawa baju. Syukur, masih ada lebihan tshirt program yang di bawa. Lebih mengharukan, apabila mendapatnya, mereka lantas menukar. Tidak hirau langsung saiznya besar atau kecil.
Jika kamu benar2 punya akal fikiran yang sihat, boleh bayangkan pakaian mereka sebelum ini?

Kami berpeluang menjadi runner malam itu. Lebihan makanan, kami edarkan dari satu tempat ke satu tempat. Pertama kali!

Lokasi pertama: Bawah jambatan
Malangnya, tiada sesiapa yang ada disana. Kami difahamkan bahawa DBKL baru selesai buat serbuan. Mereka tidak takut pada polis. Mereka takut pada DBKL.

Lokasi kedua: Deretan kedai.
Di mana ada ruang, pasti ada kotak yang dibentangkan. Istimewanya, ada kotak yang didirikan sebagai dinding2 untuk tujuan privasi. Sungguh biarpun kekurangan, masih ada rasa malu pada diri mereka.

Lokasi ketiga: LRT Central Market.
Rata2nya pakcik2 yang sedang bekerja.

Lokasi keempat: Sekitar Stesen bas Pudu.
Di tempat2 perhentian bas, ramai warga tua yang tidur disana. Kami berpeluang berjalan sambil mengagihkan makanan. Apabila kami kejutkan untuk berikan makanan, mereka lantas menjamahnya. Biasanya, kita malas atau tak selera untuk makan apabila tengah malam, bukan? Lagi2 lepas baru dikejutkan.
Pastinya mereka sangat lapar.

Buat mereka yang punya kuasa,
Silalah cerdik memutuskan keputusan.
Gelendangan bukan penjenayah.
Kelaparan juga bukan jenayah.

krik..krik..krik..

Sunday, June 22, 2014

RALAT

Salam.

"Hentikan mengapa, langsungkan bagaimana".

 Isu terbaru tentang seorang remaja kelainan upaya yang terkurung. Melihat kepada rakaman di Internet, hati sesiapapun pasti akan tercuit rasa hiba dan geram.

Ibunya yang bersalah..
Kerenah birokrasi yang cerewet..

Baiklah. Jadi, dimana kita? Oh, kita tak salah.

Sibuk mencanang betapa 'haiwan'nya perbuatan si ibu. Seronok?
Sibuk menjaja kesalahan pemimpin. Puas?

Saya tidak berniat membicarakan tanggungjawab si ibu dan pemimpin. Mereka masing2 ada 'saham'nya. Cuma mentaliti masyarakat yang kononnya 'prihatin' ini harus diubah. Kutukan di laman sosial tak membuatkan mangsa lebih sihat. Malahan boleh bertindak sehingga mengaibkan mangsa dan keluarganya.

RALAT. Apabila berlaku sesuatu isu, rata2 memilih untuk mencari kesalahan daripada berusaha untuk memperbaiki.