Tuesday, June 16, 2015

ABAH

Waktu kami beratur untuk ambil sijil, saya perasan seorang pakcik berbaju batik hitam sedang berdiri di depan tv kecil yang memaparkan secara langsung majlis konvo.

Oleh sebab sedang asyik berfikir, saya hanya pandang sekilas lalu.
Tiba2 saya terdengar urusetia mengambil kerusi dan mempersilakan pakcik tersebut duduk. Bila saya menoleh, abah rupanya.


Abah betul2 sedang berdiri sebelah saya. Waktu itu, saya betul rasa terkejut dan bersalah. 

Patutlah ketika konvo abang2 dan kakak2 saya dulu abah tak pernah duduk di tempatnya. Rupanya abah nak melihat anak2 dengan lebih jelas.

Abah..

SOLAT SUNAT

Saya ada pengalaman dengan seorang pelajar tentang solat sunat. Sangat menarik.

Ibu bapa pelajar ini sangat prihatin. Selesai saja exam akhir tahun, mereka akan bawa anak pergi bercuti. Tapi mulai disember, anak -anak dihantar tuisyen untuk belajar silibus tahun hadapan.

Jadi, dari pukul 10-2, dia akan belajar dengan saya. Biasanya saya akan break 5 minit setiap satu jam.

"Cikgu, boleh tak kita break 10 minit? Nanti tak payah".

"Kenapa? Penat ke?".

"Taklah. Saya nak solat dhuha".

"Ok."

Terdahulu, dia bertanyakan tentang solat sunat Isyrak.

"Kenapa ikhwan? Ni solat sunat, bukannya wajib."

"Cikgu.. Kalau kita tunaikan solat fardhu, umpamanya satu pohon yang lebat daunnya. Tapi kalau kita tambah dengan solat sunat, dia macam pohon yang lebat daun dan banyak buahnya. Cikgu nak tak?".

Terbaik la awak. (Y)