Sunday, July 6, 2014

HEBAT

Salam.

Sains tahun 4, bab yang pertama:
KEPERLUAN ASAS BAGI MANUSIA.

1. Makanan
2. Air
3. Udara
4. Tempat tinggal
(Kebetulan buat revision bersama anak- anak murid semalam. =) )

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberi-peminta-sedekah-di-ibu-negara-akan-dihukum-kata-tengku-adnan

Wah, sungguh hebat penyelesaian yang diambil.

Sedari dulu, saya sangat menginginkan untuk turun merasai sendiri kehidupan sebagai seorang gelandangan. Tapi sangat menyampah apabila setiap satu langkah itu memerlukan 'hitam putih' @ kertas kerja. Kesemuanya ditolak. Alasannya? Menyedihkan. Itu antara sebab saya benci dan sinis bila ada program yang mengarut diluluskan.




Antara empat keperluan asas ini, hanya satu nikmat saja yang mereka boleh dapati secara percuma. Ya, udara!

Oh, lupa. Negara maju yang lain juga dah melakukan perkara yang sama.
https://ca.news.yahoo.com/blogs/dailybrew/london-criticized-anti-homeless-spikes-canada-better-174042472.html

Mereka warga Malaysia.
Dimana hilangnya hak duduk di bumi bertuah Malaysia ini?
Benar. Mereka diberikan rumah kos rendah sebagai tempat pelindungan

Selesai enam bulan, akibat tak mampu membayar sewa, mereka dihalau keluar pula. Jadi kitaran menjadi seperti sedia kala. Seperti dulu, di bawah jambatan jua tempatnya. Perbezaan cuma, dapat merasai nikmat privasi selama enam bulan. Kemudian, apa? Aduhai, lucu.


Betapa sombong mereka yang berkuasa
Betapa hinanya dipandang mereka yang kekurangan.

Satu pengalaman bersama NGO turun padang bersama para insan2 hebat ini.

REUNION
Kami bentangkan tikar dan pasangkan LCD buat mereka. Belum pun pukul 9 malam, barisan yang sangat panjang hingga ke jalan raya. Selesai dapat makanan mereka akan duduk berkumpul di atas tikar sambil menonton cerita yang dipasang. Dan seperti majlis reunion, mereka duduk makan bersama anak2 dan rakan2. Si anak teruja menonton cerita, manakala para ibu bapa teruja berborak dan bertanya khabar. =)

NAK TEH TARIK KATANYA
Kebetulan bersembang dengan seorang kakak aktivis NGO tersebut.
"Kalau boleh, sumbangkan susu pekat. Sebab mereka ini dah lama tak minum teh tarik. Siap request lagi".

NAK LAGI SATU..
Usai cerita tamat, mereka beratur sekali lagi. Kali ini, kami bekalkan bungkusan makanan dan air mineral.
Saya dihampiri seorang pakcik untuk meminta makanan lebih buat ibunya yang sakit kaki dan tak dapat berjalan. Malangnya kami tak dapat beri dan perlu adil pada semua. Bagi saya, sungguhpun jika pak cik itu berbohong, mungkin beliau sangat lapar dan menginginkan yang lebih.

ADA BAJU?
Ketika kami bersiap2 untuk berkemas, saya asyik melihat gelagat beberapa orang pakcik yang berada disekitar tempat itu. Mungkin mereka juga mahukan makanan. Saya beritahu salah seorang abang aktivis, untuk memanggil pakcik2 tersebut. Kami mengedarkan lebihan bungkusan makanan kepada mereka. Sayu, ada di kalangan mereka minta jika ada baju2 terpakai. Kami cepat2 meminta kepada urusetia program jika ada membawa baju. Syukur, masih ada lebihan tshirt program yang di bawa. Lebih mengharukan, apabila mendapatnya, mereka lantas menukar. Tidak hirau langsung saiznya besar atau kecil.
Jika kamu benar2 punya akal fikiran yang sihat, boleh bayangkan pakaian mereka sebelum ini?

Kami berpeluang menjadi runner malam itu. Lebihan makanan, kami edarkan dari satu tempat ke satu tempat. Pertama kali!

Lokasi pertama: Bawah jambatan
Malangnya, tiada sesiapa yang ada disana. Kami difahamkan bahawa DBKL baru selesai buat serbuan. Mereka tidak takut pada polis. Mereka takut pada DBKL.

Lokasi kedua: Deretan kedai.
Di mana ada ruang, pasti ada kotak yang dibentangkan. Istimewanya, ada kotak yang didirikan sebagai dinding2 untuk tujuan privasi. Sungguh biarpun kekurangan, masih ada rasa malu pada diri mereka.

Lokasi ketiga: LRT Central Market.
Rata2nya pakcik2 yang sedang bekerja.

Lokasi keempat: Sekitar Stesen bas Pudu.
Di tempat2 perhentian bas, ramai warga tua yang tidur disana. Kami berpeluang berjalan sambil mengagihkan makanan. Apabila kami kejutkan untuk berikan makanan, mereka lantas menjamahnya. Biasanya, kita malas atau tak selera untuk makan apabila tengah malam, bukan? Lagi2 lepas baru dikejutkan.
Pastinya mereka sangat lapar.

Buat mereka yang punya kuasa,
Silalah cerdik memutuskan keputusan.
Gelendangan bukan penjenayah.
Kelaparan juga bukan jenayah.

krik..krik..krik..